salji

Analisis S.W.O.T

   
Analisis S.W.O.T

         Selama 20 minggu menjalani latihan industri,pelatih dapat mengenalpasti beberapa kelemahan dan kekuatan pihak organisasi PTJPM.Pelatih mengaplikasikan Kelebihan dan kekuatan itu melalui analisis S.W.O.T.Analisi S.W.O.T merupakan kaedah lembut untuk mengenalpasti masalah dan mencari penyelesaiannya.

S  -Strength (Kekuatan)

W-Weakness (Kelemahan)

O -Opportunity (Peluang)

T -Treats (Ancaman)  


Kekuatan

Pertukaran Ketua Jajahan

       Baru-baru ini Pejabat Tanah Pasir Mas telah menerima kedatangan ketua jajahan yang baharu iaitu En Ahmad Robert Bin Abd Rahim bagi menggantikan En Adnan yang baharu sahaja dinaikkan pangkat.Sepanjang saya berada di sini,saya dapati ketua jajahan sering bertukar ganti.Ini akan memberi kesan yang positif.Hal ini kerana dengan pertukaran ini,Sudah tentu idea dan kepimpinan baru dapat diterapkan dalam organisasi Pejabat Tanah Jajahan Pasir Mas.

  Face Tec
    
       Penggunana face tec di di kalangan penjawat awam ada sesuatu yang positif.Tidak terkecuali juga Pejabat Tanah Pasir Mas  yang menggunakan kaedah ini.Dengan penggunaan ini,sudah tentu pihak pengurusan dapat mengawal kehadiran pekerja dan kakitangan ke pejabat.Kaedah ini juga dapat menggalakkan para kakitangan supaya menjaga displin mereka dan menitikberatkan tanggungjawab mereka sebagai penjawat awam.



Kelemahan



Penggunaan fail

          Sedia kita maklum bahawa Pejabat Tanah Pasir Mas menggunakan sistem fail sebagai dokumen utama pejabat.Penggunaan fail ini telah mewujudkan kesukaran untuk menempatkan fail-fail berkenaan disebabkn ruang yang terhad.Ruang yang terhad akan menyulitkan pencarian fail pelanggan apabila diperlukan.Ini amat mendukacitakan kerana ia melibatkan urusan dan kepercayaan pelanggan kepada kecekapa organisasi.

Kekurangan Kakitangan

          Kecuaian mengatasi kekurangan kakitangan menyebabkan banyak kekosongan jawatan di Pejabat Tanah Pasir Mas.Ada beberapa orang pekerja yang dibebani dengan kerja-kerja yang tanggungjawab mereka.Hal ini menampakkan kelemahan yang ketara dalam mneyelesaikan hal ini.



Peluang

Sistem Online

       Menggunakan seratus peratus sistem online yang lebih menjimatkan masa dan tenaga.Pejabat Tanah Pasir Mas juga berpotensi untuk menyediakan satu sistem di mana orang ramai boleh terus memohon sesuatu permohonan tanah dengan mangakses terus ke sistem yang disediakan..Apabila tiba isu berbangkit,kakitanga boleh terus menyemak melalui sistem sahaja.Hal ini dapat mengelakkan penggunana fail yang banyak. 

Kemajuan yang pesat

        Dengan pertubuhan bandar baru di Apam Putra,Lubok Jong telah membuka peluang selebarnya kepada Pejabat Tanah Pasir Mas untuk maju ke hadapan.Pembangunan yang pesat di sekitar bandar baru tersebut akan memberi kesan terhadap Pejabat Tanah Jajahan pasir Mas.




Ancaman


Aduan Pelanggan

       Aduan pelanggan merupakan ancaman besar kepada Pejabat Tanah Jajahan Pasir Mas.Baru-baru ini telah timbul satu aduan pelanggan yang tidak berpuas hati dengan layanan perkhidmatan di PTJPM.Tambahan pula,aduan itu telah dibuat di facebook.Hal ini sudah tentu menjejaskan imej PTJPM di mata masyarakat.
      Oleh itu,PTJPM perlu peka terhadap aduan yang dilakukan kerana hal ini akan memberikan kesan terhadap kepercayaan masyarakat.Pemantauan dan pembaikpulih perlu dilakukan agar hal ini tidak berterusan lagi



Displin Pekerja
   
          Displin kerja memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi.Displin pekerja memberi kesan terhadap organisasi dan mutu kerja serta produktiviti sesebuah firma.Pekerja yang tidak berdisplin seperti tidak amanah,mengamalkan rasuah,malas,dan sebagainya merupakan ancaman besar bagi Pejabat Tanah Jajahan Pasir Mas.Untuk mengelakkan hal ini,pemantauaun berkala pihak pengurusan perlu dilakukan.Amaran keras kepada golongan ini perlu diberikan sebagai peringatan untuk mereka.






Kesimpulan dan Cadangan

Cadangan


  • Saya mencadangkan agar Pejabat Tanah Jajahan Pasir Mas menambahkan kakitangan yang berstatus siswazah atau graduan.Dengan adanya golongan ini ke dalam organisasi,sudah tentunya idea-idea baru dapat diterapkan.Penggunaan teknologi juga akan menjadi lebih cekap kerana golongan siswazah lebih celik IT.



  • Pihak firma seeloknya memberikan sedikit elaun atau sedikit saguhati kepada pelajar praktikal yang menjalani latihan industri.Dengan adanya sedikit elaun,ianya akan dapat mengurangkan beban pelajar latihan industri.Sekurang-kurangnya ia dapat menampung perbelanjaan harian seperti kos pengankutan,makan minum dan keperluan yang lain.

  • Pihak firma juga perlu memberi kepercayaan kepada pelajar latihan industri untuk menunjukkan kemahiran dan bakat mereka di alam perkejaan.Melatih pelajar dengan kerja-kerja yang bersesuaian dengan tahap pengetahuan mereka dan sentiasa membuat pemantauan kepada pelajar.Hal ini serba sedikit dapat memupuk sikap berdikari sekali gus memberi peluang untuk pelajar menonjolkan diri. 

  • Mewujudkan anugerah pekerja cemerlang pada setiap tahun.Dengan adanya kewujudan anugerah ini,pekerja lebih berkerja keras dan lebih peka terhadap tanggungjawab mereka.Ini akan membuatkan kakitangan lebih bersemangat untuk memperbaiki kerja mereka.


Kesimpulannya...

           Latihan Industri telah memberikan kesan yang positif kepada pelajar untuk meningkatkan hasil kerja.Dengan adanya latihan industri,saya mendapat pendedahan yang sebenar tentang alam perkerjaan seperti pengurusan fail,pengurusan pejabat,cara mengendalikan khidmat pelanggan,dan banyak lagi.Saya juga dapat mempelajari cara menyelesaikan masalah,meningkatkan displin diri, menyumbang buah fikiran sekali gus dapat memupuk sikap berkerja secara berkumpulan.Semua ini dapat meningkatkan pengetahuan pelajar latihan industri tentang alam perkejaan sebanar.

Dalam temph 20 minggu bersama warga Pejabat Tanah Pasir Mas(PTJPM),pelatih amat berpuas hati dengan kerjasama,perhatian,dan tunjuk ajar yang diberikan oleh PTJPM.

          

Rujukan


  • Orang perseorangan (Unit Pembangunan dan Pelupusan Tanah)


  • Ketua Zon (OA)


  • laman Web Pejabat Tanah Pasir Mas 


  • Facebook Rasmi PTJPM


  • Fail Meja Bahagian Kes


  • Fail Meja Unit Pembangunan dan Pelupusan Tanah














No comments:

Post a Comment