Pembahagian Harta Pusaka Kecil
Maksud Harta Pusaka
Harta pusaka ialah harta yang ditinggalkan oleh
simati yang tidak meninggalkan wasiat.Harta itu terdiri daripada harta tak alih
seperti tanah atau rumah manakala harta alih seperti wang tunai,saham,kenderaan,caruman KWSP,ASNB dan sebagainya.Jumlah nilaian keseluruhan itu
hendaklah tidak melebihi RM2 Juta (mulai 1 September 2009)Pada tarikh permohonan
dibuat.
Siapakah yang berhak memohon??
- Waris-waris simati seperti balu lelaki atau perempuan,anak lelaki atau perempuan,ibu atau bapa,Majlis Agama Islam (Baitulmal) dan sebagainya
- Pemiutang dan pengkaveat
- Pembeli dibawah surat perjanjan jual beli yang sah
- Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tananh simati
- Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh pentadbir Tanah
- Amanah Raya Berhad
Menghadiri Perbicaraan
Cara harta pusaka dibahagikan
Sebahagian harta pusaka adalah mengikut hukum
syarak bagi orang islam.Bagi bukan islam,pembahagian adalah
mengikut Akta Pembahagian 1958 (Akta 300).Pembahagian secara muafakat boleh
dilaksanakan jika semua waris yang berhak mewarisi harta pusaka simati bersetuju.Pembahagian
bagi peganagn desa dibawah Akta Tanah(kawasan-kawasan penempatan
berkelompok)1960 tidak boleh dibuat lebih dari dua orang .Jika lebih dari dua orang yang berhak dan
mereka tidak bersetuju secara muafakat member kepada dua
orang sahaja daripada mereka.Pentadbir Tanah boleh menjual pegangan
itu dan hasil jualannya dibahagikan di kalangan orang yang berhak.Jika simati
meninggalkan tanah di daerah Jelebu,Kuala Pilah,Rembau,Tampin dan Jmepol dan
ianya adalah ahli sesuatu suku di Negeri Sembilan,pembahagain psakanya adalah
engikut bahagian III Akta.Perintah jualan secara tender dalam keadaan tertentu mengikut
peruntukan 15(4)9d)
Kaveat
· Menurut
tafsiran di bawah seksyen 5 KTN.Kaveat merupakan suatu mekanisma yang
menghalang pendaftaran urusniaga dibawah Kanun Tanah Negara (KTN) untuk
melindungi kepentingan pihak tertentu
Jenis-jenis Kaveat
- Kaveat Persendirian
- Kaveat Amanah
- Kaveat Pendaftar
- Kaveat Lien
Kaveat Persendirian
a. Kaveat Persendirian bersifat sementara sehingga ia dibatalkan kerana luput tempoh 6 tahun atau berdasarkan perintah mahkamah
b. Mana-mana orang atau badan yang menuntut hak ke atas tanah milik atau kepentingan berdaftar.
c. Penjaga atau orang yang mewakili remaja yang menuntut berhak sebagai berhak mendapat faeah dibawah mana-mana amanah.
d. Pemotongan atau pembatalan Kaveat Persendirian boleh dilakukan dengan mengisi borang 19H
e. Notis 19C akan diserahkan kepada pengkaveat
f. Dalam tempoh 2 bulan dari tarikh diterima,pengkaveat hendaklah mendapatkan perintah mahkamah bagi melanjutkan tempoh pengkaveat.
Kaveat Pendaftar
Kaveat pendaftar dimasukkan atas sebab-sebab berlaku
a. Untuk mengelakkan pernipuan dalam urusniaga seperti salah nyata dan salah penggunaan barang
b. Untuk melindungi kepentinga-kepentingan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dari segi tuntutan hutang,hasil tanah tertunggak,dan pembayaran balik pinjaman kanak-kanakk,orang kurang siuman atau orang yang diketahui tiada dalam negara itu
c, Untuk menjamin pembayaran balik pinjaman kerajaan negeri dan
persekutuan
d. Untuk membetulkan kesilapan yang berlaku didalam dokumen hakmilik atau suratcara yang ada kaitan dengan tanah dan kepentingan Sek 320(1)
e. Tempoh kuatkuasa kesalahan-kesalahan atau suratcara akan dilanjutkan
selagi tidak dibatalkan oleh pendaftar
Hak Milik Sambungan
Maksud Hak milik sambungan
- Dilaksanakan bagi permohonan dokumen hakmilik keluaran yang hilang/rosak/musnah keseluruhan atau sebahagian.
Hak Milik Gantian
- Merupakan kaedah bagi menggantikan dokumen hakmilik daftar yang hilang,musnah keseluruhan atau sebahagian atau maklumat yag dibaca tidak boleh dibaca.
Siapakah yang layak membuat permohonan?
- Pemilik-pemilik tanah yang berdaftar
- Pihak berkepentingan iaitu pemegang gadaian dan pemegang kaveat lien
- Waris-waris bagi pemilik tanah yang berdaftar
- Individu yang telah dilantik oleh syarikat/pertubuhan/persatuan melalui resolusi atau cabutan minit mesyuarat
- Individu yang telah menerima wakil kuasa bagi melaksanakan permohonan ini
Cara Membuat Permohonan
- Isi borang permohonan hak milk sambungan dan akuan sumpah
- Perlu menyediakan cabutan
- Membuat akuan sumpah dihadapan majistret
- Buka dan daftar fail
-Notis RM6.00
-Pengeluaran RM 30.00
-Notis 5F RM5.00
-Warta Kerajaan RM30.00
Senarai Tugas,Kuasa,dan hubungan
dengan lain-lain
Pegawai Perhubungan
(Bahagian Kes)
Tugas Pegawai Atasan Yang ada Hubugan
|
Tugas dan Tanggungjawab
|
Kuasa yang diberi
|
Tugas Pegawai Lain dan Jenis Hubungan
|
Pen.Pentadbir
Tanah
-Tandatangan
borang
Pembantu Tadbir Perkhidmatan
Unit Pentadbiran
Pembantu Tadbir Kewangan
Unit Hasil
|
Tandatangan borang akuan sumpah diborang permohonan
Cop Prasipi sebanyak RM4.00 do borang akuan sumpah yang telah
ditandatangani oleh Pegawai dan sediakan resit bayaran dan minta Ke unit
Hasil untuk proses bayaran
Terima bayaran dan minta ke Unit Tanah (Kes) untuk proses dafar permohonan
|
-
-
-
|
Hubugan Luar
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian
Kelantan(PTG)
|
Gadaian
Maksud Gadaian
- Gadaian ialah cagaran hakmilik tanah kepada institusi kewangan
- Mana-mana tanah bermilik,kesemua tidak sebahagian daripadanya
- Mana-mana pajakan tanah milik,keseua tidak sebahagian daripadanya
- Gadaian kedua dan kemudiannya boleh diwujudkan
Cara membuat permohonan gadaian
- Hakmilik keluaran asal yang berkenaan
- Borang 16A yang lengkap diisi
- Salinan resit cukai hasil semasa
- Bayaran semasa
-RM20.00 bagi PA yang telah didaftarkan
dikecualikan bagi pinjaman kerajaan negeri atau persekutuan
Pindah Milik
Maksud Pindah milik/longgar sekatan
- Tanah yang mempunyai sekatan dapat dilihat dibelakang geran yang tertulis "Tidak boleh dipindahmilik,kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Menteri Besar,Pihak Berkuasa Negeri atau Pengarah Tanah dan Galian terlebih dahulu.
- Tuan tanah selepas pemaju tidak boleh menjual atau memajak atau memindahmilik tanah ini walau dengan apa cara sekalipun termasuk menggunakan surat perjanjian yang bertujuan melepaskan atau menjual tanah ini tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
Boleh dipertimbangkan tanpa mengambil kira jenis hartatanah dan nilainya tetapi masih tertakhluk kepada kebenaran dan bayaran kelulusan sebanyak RM10,000 bagi setiap hakmilik.Keluarga terdekat juga bermaksud individu yang mempunyai hubungan perkahwinan (suami isteri) atau pertalian darah yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Dokumen Yang perlu DIsertakan semasa memohon
PENYEDIAAN KERTAS PERAKUAN BAGI PERMOHONAN PERMOHONAN LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA
PERMOHONAN KERTAS PERAKUAN BAGI PERMOHONAN MEMPERBAHARUI TEMPOH PAJAKAN TANAH(LPS)
-Boleh didapati dikaunter pendaftaran
-Syarat mengisi borang ini adalah menggunakan pen hitam dakwat basah
Dokumen Yang perlu DIsertakan semasa memohon
- Salinan hakmilik yang telah didaftarkan atas nama pemohon sebagai pemilik berdaftar
- Salinan kad penegnalan pemohon dan penerima
- Salinan surat kelahiran (sekiranya balasan kasih sayang)
- Surat persetujuan pemegang gadaian (sekiranya tanah masih dalam gadaian)
- Perintah yang mmeberi kuasa untuk Pindah milik
- Salina resit cukai tanah dan cukai harta semasa.
Pelupusan Tanah
- Memproses semua permohonan tanah kerajaan,Lesen pendudukan Semenatra(LPS) dan melanjutkan tempoh pajakan dengan lebih cekap,adil,dan sempurna.
- Mengkaji dan meneliti dasar-dasar kerajaan untuk mencapai matlmat pembangunan negeri secara konsisten
- Mengemaskini maklumat pelupusan tanah kerajaan untuk membanu kerajaan dalam proses membuat keputusan dan dasar.
Fungsi Bahagian Pelupusan Tanah
- Memproses semua permohonan yang diterima untuk dikemukan kepada Pihak Berkuasa Negeri
- Mengawal keselamatan dokumen hakmilik pendaftar dan dokumen berkaitan
- Mengumpul data-data tanah
- Mengawal hakmilik dan urusniaga tanah
- Mengawasi perjalanan pentadbiran tanah seluruh negeri johor.
- Mengutip hasil kerajaan
- Membantu kerajaan dalam penggubalan dasar -dasar mengenai tanah
- Menjalankan kuatkuasa undang-undang.
Perkhidmatan-Perkhidmatan Yang disediakan
PENYEDIAAN KERTAS PERAKUAN BAGI
PERMOHONAN LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA
- Tanah kerajaan bukan tanah rizab hutan,rizab JPS,dan lain-lain rizab
- Tanah Kerajaan dalam rizab melayu hanya boleh dipohon oleh orang melayu sahaja.
- Semua permohonan boleh dibuat di Pejabat Tanah berkenaan sahaja
- Semua permohonan LPS atas tanah kerajaan bagi tujuan bahan batuan,gerai,jeti,papan iklan,dan dibuat di Pejabat Tanah daerah berkenaan.
- Semua perakuan permohonan dirujuk ke Jabatan Teknikal yang berkenaan bagi mendapat ulasan dan pandangan.
- LPS perlu diperbaharui setiap awal tahun dan akan luput temph pada hujung tahun
PERMOHONAN KERTAS PERAKUAN BAGI PERMOHONAN MEMPERBAHARUI TEMPOH PAJAKAN TANAH(LPS)
- Permohonan perlu dibuat di Pejabat Tanah Daerah berkenaan
- Tanah telah diusahakan
- LPS tidak dibayar akan dikenakan bayaran LPS tambahan
- Tidak melanggat syarat LPS
Senarai Borang Yang Digunakan
Pejabat Tanah Jajahan Pasir Mas
- Borang 14A -Borang pindah milik
-Boleh didapati dikaunter pendaftaran
-Syarat mengisi borang ini adalah menggunakan pen hitam dakwat basah
- Borang 14B-Pindah milik gadaian
- Borang 15 A -Pajakan Tanah
- Borang 15B-Pajakan Tanah Kecil
- Borang 15C-Penyerahan Balik Pajakan
- Borang 16A-Borang Gadaian (Untuk menjamin bayaran pokok)
- Borang 16B-Borang Gadaian (Untuk menjamin pembayaran semasa)
- Borang 16C-Melepaskan Gadaian
- Borang A-Borang tuntutan Pesaka Kecil
No comments:
Post a Comment