salji

Pengenalan


Latar Belakang Pejabat Tanh  Pasir Mas

Latar Belakang

                          Bandar Pasir Mas



       
          Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas yang lama telah dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum SUltan Yahya Petra,Sultan Yang Di Pertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim pada 22hb Zulkaedah bersamaan 6 Julai 1988
              
       Sebagaimana yang di ketahui Jajahan Pasir Mas merupakan salah satu daripada 13 buah jajahan yang terdapat di negeri Kelantan. Kedudukan jajahan Pasir Mas adalah bersempadanan dengan Jajahan Kota Bahru di sebelah timurnya dan Jajahan Tumpat di sebelah utaranya. Selain itu, jajahan ini juga adalah bersempadanan dengan negara Thailand di sebelah barat dan di sebelah selatan bersempadan dengan Jajahan Tanah Merah. Oleh itu, seluas 3.9 peratus keluasan negeri Kelantan adalah Jajahan Pasir Mas bersamaan dengan 57,800 hektar.                                                                                                                                                                                                                                Jadi, sebelum Jajahan Pasir Mas diwujudkan ia merupakan sebahagian daripada  Jajahan Kota Bahru. Namun begitu setelah dipersetujui bersama Jajahan Pasir Mas telah diasingkan pada tahun 1918 dan diletakan dibawah pentadbirannya sendiri di mana kuasa telah diberikan kepada Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas. Oleh itu, Ketua Jajahan pertama Pasir Mas telah di sandang oleh Encik Jaafar yang telah bertanggungjawab memegang jawatan itu selama satu tahun.

Hampir 85 peratus keluasan  jajahan Pasir Mas adalah terdiri daripada kawasan tanah rata. Manakala 15 peratus lagi merupakan kawasan tanah rendah dan berpaya. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa hampir keseluruhan jajahan Pasir Mas yang seluas 577.51 KM persegi ini  sudah diterokai dan didiami oleh penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Selain itu, kebanyakan keluasan kawasan tanah di Jajahan Pasir Mas adalah terdiri daripada tanaman yang bercorak pertanian. Antaranya padi, getah, dusun buah-buahan dan pelbagai lagi yang diusahakan secara kecil-kecilan.


Pejabat Tanah Jajahan Pasir Mas

Pejabat Tanah Jajahan baharu sahaja beroperasi di Kompleks Apam Putra pada 3 Jun 2013.Ianya beralamat di Kompleks Apam Putra,Lubok Jong 17000 Pasir Mas,Kelantan.Kawasan perindustrian Apam telah dirancang perlaksanannya oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) bagi memesatkan pertumbuhan ekonomi dijajahn tersebut.Pada tahun 1991,kerajaan negeri telah meluluskan tapak seluas 129 ekar 50 depauntuk ekmajuan sebagai kawasan perindustrian,khususnya untuk indistri kecil dan sederhana(IKS).Kawasan perindutrian ini terletak lebih kurang lapan kilometer daripada bandar Pasir Mas,14 kilometer dari pekan Rantau panjang,dan 600 meter daripada bandar baru Pasir Mas.Pejabat Tanah Jajahan Pasir Mas juga terletak bersebelahan dengan Majlis Daerah yang turut beroperasi pada tarikh yang sama.



Matlamat

Matlamat sebenar Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas ialah untuk membangunkan jajahan dan negeri serta penduduknya selaras dengan kehendak-kehendak yang termaktub di dalam agama islam.

 Objektif
  •         Menyediakan perkhidmatan yang bersih, cekap dan amanah kepada rakyat
  •      Mewujudkan rakyat yang berdikari dan dinamis
  •     Mewujudkan sebuah jajahan yang maju melalui pelaksanaan pembangunan     masyarakat secara fizikal dan rohani
  •     Menjadikan jajahan sebagai satu pusat pengumpulan data
  •     Mewujudkan sebuah jajahan yang aman dan sejahtera


Antara Fungsi Utama Pejabat Ini 

  •                    Melaksanakan dasar dan polisi Kerajaaan
  •           Menguruskan, menyelaras dan merancang aktiviti-aktiviti pembangunan                         dan Pentadbiran jajahan
  •           Bertindak sebagai badan perhubungan antara jajahan dengan rakyat
  •           Memungut segala jenis hasil jajahan
  •           Memupuk kemasyarakatan, perpaduan, keselamatan dan muhibbah di peringkat           Jajahan

             



Misi dan Visi 
Pejabat Tanah Jajahan Pasir Mas

Visi

Untuk menjadi Institusi Pejabat Tanah dan Jajahan yang terulung dalam menyediakan Perkhidmatan yang berkualiti tinggi dalam era teknologi dan globalisasi menjelang 2020


Misi

Mengurus dan mentadbir Hal Ehwal Tanah dan jajahan bagi mencapai pembangunan yang seimbang dan sentiasa memberi perkhidmatan yang



Peranan dan Tanggungjawab Setiap Unit

Unit Pentadbiran

Bahagian pentadbiran terletak dibahagian atas bangunan Pejabat tanah Jajahan Pasir Mas.Terdapat lebih kurang 30 kakitangan dibahagian ini dan diketuai oleh seorang Pegawai Eksekutif Kanan.Fungsi bahagian pentadbiran ialah mengurus hal ehwal pentadbiran dan kakitangan Pejabat tanah dan Jajahan Pasir Mas.Selain itu,unit ini juga berfungsi untuk mengawal keselamatan pejabat

Fungsi bahagian entadbiran juga adalah mengurus dan menegdalikan urusan berkaitan kewangan dan pembelian alatan pejabat,mengawal dan memulihkan magsa-mangsa malapetaka,meproses dan mengelaurkan lesen hiburan.




Unit Tanah Pelupusan & Pembangunan
               
           Unit tanah yang terletak dibahagian bawah merupakan antara unit yang menyediakan khidmat pelanggan.Unit ini diketuai oleh En Wan Ahmad Suwaidi Bin Zainal Abidin.Terbahagi kepada dua bahagian iaitu pelupusan dan pembangunan tanah.Antara kerja yang dilakukan di Unit ini ialah memproses permohonan milik tanah dibawah Sek KTN,Enakmen Tanah Kelantan.Selain itu,Unit ini juga turut memproses permohonan pembangunan tanah seperti pecah sempadan,pecah bahagian,ubah syarat,serah balik dan milik semula tanah.Ia juga turu tmemproses permohonan pengambilan balik tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960.Bukan itu sahaja,unit ini juga turut menawarkan khidmat memproses permohonan penyelesaian pesaka kecil.Unit ini juga turut mengendalikan bahagian kes.Antara khidmat yang ditawarkan ialah permohonan keveat,hak milik sambungan,gadaian,permohonan lelongan,perbetulan kesilapan.dan pindah milik.Stamping juga turut berada dibawah unit ini. 



Piagam Pelanggan

Unit Pembangunan dan Pelupusan Tanah

Bil
Perkara
Tempoh
1
Menyelesaikan Permohonan Ubah Syarat dan Pecah Sempadan Serentak dibawah Seksyen 124A dan Permohonan SerahBalik dan Pemberi Milik semula di bawah Seksyen 204D.
74 hari
2
Menyelesaikan Permohonan Ubah Syarat Seksyen 124.
150 hari
3
Menyelesaikan Permohonan Pecah Sempadan (Seksyen 137), Pecah Bahagian (Seksyen 142) dan Cantuman (Seksyen 148).
60 hari
4
Pendaftaran Permohonan Penyelesaian Pesaka Kecil.
15 minit
5
Menyelesaikan Urusan Pengambilan Balik Tanah Akta Pengambilan Balik Tanah 1960.
6 bulan
6
Menyelesaikan Urusan Serah Balik Kesemua Tanah Seksyen 197.
2 hari
7
Menyelesaikan Urusan Serah Sebahagian Tanah Seksyen 200
2 bulan
8
Menyelesaikan R. O. W (Hak Lalu Lalang)
40 hari
9
Menyelesaikan Urusan Perizaban Tanah
3 bulan
10
Menyelesaikan Batal Penjaga.
1 bulan
11
Menyelesaikan Kesilapan Nama/KP.
1 bulan
12
Permohonan Batal Gadaian.
1 bulan
13
Permohonan Lelong.
3 bulan
14
Permohonan mendirikan rumah.
1 bulan
15
Pengeluaran Permit Pindah Batu Batan (Borang 4C).
30 minit
16
Permohonan PindahMilik Di Bawah SEK. 120 KTN 1965 Kelulusan PTG/TMB.
2 bulan
17
Permohonan PindahMilik Di Bawah SEK. 13A ERM 1930.
3 bulan
18
Permohonan PindahMilik DiBawah SEK. 104 ETK 1938.
3 bulan
19
Permohonan Memasukkan Kaveat
30 minit






Unit Pendaftaran

   Unit pendaftaran terletak bersebelahan dengan Unit tanah dan juga turut menawarkan khidmat pelanggan.Kerja-kerja di unit pendaftaran selalunya   berkait dengan unit tanah.Fail-fail di unit tanah akan dihantar ke unit pendaftaran untuk proses pendaftaran.Unit ini diketuai oleh Puan Azlina .Antara tugas yang dilakukan di unit ini ialah

     

  •   pendaftaran urusniga (pindah milik tanah,gadaian,pajakan).
  •   Pendaftaran Kaveat
  •   Pendaftaran Pesaka
  •   Pendaftaran Perintah Mahkamah
  •  Pendaftraan hak milik baru
  •  Pendaftaran hak milik kekal ganti hakmilik sementara 
  •   Pendaftaran pecah sempadan dan pecah bahagian
  •   Pendaftaran Hakmilik Kekal Balik Sebahagian Tanah
  •   Perdaftran Hakmilik hilang/rosak
  •   Endorsan Nota
  •   Pendaftaran pembatalan penjaga
  •  Pendaftaran Tukar Syarat Tanah


Unit Teknikal Dan Hasil

              Antara tugasan yang berkait dengan unit ini ialah siasat dan sedia laporan aduan awam tanah milik,pembangunan,dan pelupusan tanah.Selain itu,ia juga menguatkuasakan undang-undang tanah serta membuat laporan mengenai permit pengeluaran bahan batuan.Bukan itu sahaja,unit ini juga turut menjalankan kerja-kerja menyukat tanah dan menyediakan pelan tapak cadangan pembangunan serta membuat pernilaian ke atas tanah.Bahagian hasil pula memanikan peranan dengan menyelaras dan memungut hasil jajahan dengan cara berkesan.Mereka juga perlu menyediakan penyata pemungut,buku tunai,filmsi,dan laporan bulanan serta penyata penyesuaian.Bukan itu sahaja,mereka juga ditugakan untuk memasukkan kutipan harian ke dalam bank setiap hari dan mengemakini maklumat hakmilik/data dalam komputer.Mencetak bil cukai tanah,menerima hasil melalui pos,melaksanakan pengeluaran notis tertunggak dan mengeluarkan surat pentadbiran antara tugasan yang dikaitkan dengan unit ini.



Unit Teknologi Maklumat

             Unit Teknologi malumat yang terletak di tingkat atas telah diketuai oleh Encik Muhamad Aidi.Mengemaskini dan membangunkan laman web PTJPm merupakan antara tugasan terpenting unit ini.Unit ini juga berperanan untuk memastikan rangkaian internet PTJPM berjalan denga lancar.Selain itu,mereka juga perlu mengurus pembaikan komputer dan mematikan ianya berfungsi dengan baik.Memasikan face tec berfungsi dengan baik juga merupakan natara tugasan mereka.Mereka juga perlu menyelaras dan menyediakan profail jabatan dan jajahan serta data-data yang berkaitan dengan jabatan.Bukan itu sahaja,unit ini juga perlu memastikan email ketua jajahan dan jabatan dibuka setiap hari.Mereka juga berperanan memantau sistem SPEKS,BANJIR,E-ADUAN,E-SKT,E-JEJAK,dan lain-lain lagi.Akhir sekali,mereka bertanggungjawab menyediakan slide untuk presentation bagi aktivit atau program jabatan






  
Peraturan dan DIsplin 
Pejabat Tanah Jajahan Pasir Mas


Waktu bekerja

         Waktu bekerja pejabat tanah pasir mas bermula jam 8:00 pagi hingga jam 5:00 petang.Pekerja dan kakitangan diberikan rehat selama satu jam iaitu bermula jam 1:00 tengahari hinggan jam 2:00 Petang.

Rakaman Waktu

        Pejabat Tanah Pasir Mas telah menggunakan rakaman waktu melalui rakaman face tec.Face tec adalah wajib kepada mereka yang bergelar kakitangan pejabat Tanah Pasir Mas dan ia dirakam pada waktu pagi dan waktu petang.

Pakaian

         Kakitangan dikendaki memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.Pakaian rasmi pejabat dipakai pada setiap hari ahad atau hari-hari tertentu sahaja.Pakain rasmi wajib dipakai apabila adanya majlis khas atau majlis formal pejabat.

Cuti

         Diperuntukkan cuti rehat,cuti sakit,cuti tanpa rekod dan seumpamanya.Permohonan cuti perlu dibuat dan perlu diluluskan terlebih dahulu sebelum seseorang itu bercuti.Ia tertakhluk kepada kebenaran pegawai berkenaan.

Pergantian Pekerja

          Pekerja yang terlibat dengan tugas-tugas tertentu seperti mengendalikan talian telefon khidmat pelanggan,kesetiausahaan,dan kerja dikaunter hendaklah mempunyai penggnati semasa pekerja bercuti.



















No comments:

Post a Comment