salji

Sunday, 20 April 2014





Laporan Akhir Latihan Industri 
Sesi Disember 2013

Pejabat Tanah Jajahan Pasir Mas

Nama :Syuhada Bt Suhaimi
No Matrik :04DPM12F1008
Kursus:Diploma Pengajian Perniagaan
Jabatan Perdagangan
Politeknik Kota Bharu






Saturday, 19 April 2014

Ringkasan harian

Ringkasan Harian

Antara tugas harian yang saya lakukan di Pejabat Tanah Jajahan Pasir Mas selama 20 minggu ialah :

Minggu 1:
  • Lapor diri sebagai pelajar praktikal jam 8.00 pagi
  • Diarahkan untuk membuat face tec yang dibantu oleh pegawai ICT
  • Suai kenal dengan staf-staf bahagian Pembangunan dan Pelupusan
  • Staf menerangkan kerja-kerja yang terdapat di bahagian Kes
  • Belajar cara-cara membuka fail hak milik sambungan
  • Mempelajari cara mengendalikan mesin fotostat

Minggu Ke-2:
  • Fotostat wang pos dan notis hak milik sambungan
  • Berkenalan dengan staf unit hasil
  • Mendapatkan resit hasil di Unit hasil
  • Mendengar keterangan staf kepada pelanggan di kaunter
  • Menaip memorandum -borang 7C
  • Membetukkan kesalahn dalam memorandum

Minggu Ke-3
  • Menaip surat MDPM dan JDPM
  • Menaip tugas-tugas dan senarai kerja kakitangan PTJPM unit tanah
  • Buka fail baru hak milik sambungan
  • Mengendalikan kaunter khidmat pelanggan (Operator)
  • Melakukan tugasan di Unit hasil (menyediakan resit hasil)

Minggu Ke-4

  • Menaip sebab-sebab ketidakhadirn staf
  • Menyusun kepada pelanggan dokumen tahun 1990-1995
  • Menerangkan kepada pelanggan mengenai permohonan hak milik sambungan
  • Fotostat borang EXCO
  • Mendapatkan resit hasil di Unit hasil
Minggu Ke-5

  • Taklimat mengenai penggunaan bahasa melayu yang betul dalam penulisan
  • Belajar menulis prasipi
  • Menaip notis hak milik sambungan
  • Menulis kertas minit
  • Membawa pelanggan berjumpa pegawai di bahagian atas

Minggu Ke-6

  • Mendengar penerangan staf menegnai format sebenar penulisan kertas minit
  • Mengendalikan dan menyusun fail pindah milik
  • Menyediakan borang Exco-20 salinan
  • Menyemak maklumat pemohon pindah milik
  • Staf memberi penerangan mengenai kaveat dan cara penyelesaiannya.

Minggu Ke-7

  • Menyusun dan mengemaskini fail-fail permohonan hak milik tanah tahun 1990-1995
  • Mengira keseluruhan permohonan mengikut keluasan tanah
  • Menaip senarai nama permohonan hak milik tanah
  • Menerima permohonan baru hak milik sambungan
  • Mendapatkan resit hasil
  • Menaip memorandum untuk sekatan tanah
Minggu Ke-8

  • Membuka fail baru hak milik sambungan
  • Mendapatkan deposit untuk pelanggan
  • Menyenaraikan dokumen pindah milik tahun-tahun terdahulu-2010,2011,dan 2012

Minggu Ke-9

  • Membuat pendaftraan hak milik sambungan di kaunter
  • Menyediakan sijil exco atau pindah milik
  • Membantu staf mengemas dan membersih bilik mesyuarat dan pantry
  • Cop sijil exco
  • Mendapatkan resit hasil


Minggu Ke-10


  • Membuat panggilan kepada pelanggan Exco
  • Menyerahkan sijil exco kepada pelanggan di kaunter
  • Membuka fail baru hak milik sambungan

Minggu Ke-11


  • Mati setem untuk pelanggan
  • Menyediakan prasipi untuk pelanggan yang ingin membuat akuan sumpah
  • Mendapatkan cabutan untuk pelanggan di Unit pendaftaran
  • Menyusun fail-fail pindah milik terbaru dalam bilik fail
  • Memberi borang ubah syarat kepada pelanggan di kaunter
  • Membantu pelanggan mengisi borang
  • Mencatat maklumat pada sampul surat untuk dihantar kepada pemohon hak milik tanah kerajaan

Minggu Ke-12


  • Menyusun fail permohonan hak milik kerajaan -(pelupusan fail) Fotostat surat mesyuarat JHET
  • Mengisi borang kursus INSTUN untuk staf
  • Membuat pendaftraan hak milik sambungan di kaunter
  • Cop dan lipat resit deposit
  • Menyediakan dan fotostat borang A
  • Menyediakan prasipi untuk pelanggan

Minggu Ke-13


  • Menyusun dan mengemaskini fail-fail terdahulu iaitu fail pindah milik dan pengesahan anak kelantan
  • Membuka fail hak milik sambungan-permohonan baru
  • Menghadiri mesuarat sukan tahunan PTJPM -indoor games
  • Merekod permohonan fail hak milik tanah kerajaan
  • Fotostat jadual dan susunan SUKAN pejabat tanah pasir mas

Minggu Ke-14


  • Membuat persediaan dan persiapan hari sukan
  • Menyertai aktiviti sukan-shoot ball
  • Mencatat semakan dalam buku (permohonan hak milk tanah kerajaan)
  • Fotostat wang pos dan notis hak milik sambungan
  • Menghadiri acara akhir sukan PTJPM


Minggu 15

  • Membuat persediaan untuk program 5S
          SEIRI            -SISIH
          SEITON        -SUSUN
          SEISO          -SAPU
          SEIKETSU   -SERAGAM
          SHITSUKE   -SENTIASA AMAL
  • Mengemas bilik fail dan menyusun fail-fail terdahulu

Minggu Ke-16

  • Tagging fail
  • Menyusun fail
  • Mengemas bilik fail
  • Fotostat borang exco & borang A

Minggu Ke-17

  • Memasukkan warta negeri kelantan ke dalam fail
  • Menyenaraikan no fail-KKD
  • Fotostat  -borang Exco
  •                 -borang A


Minggu Ke-18

  • Membantu kerja-kerja di kaunter
  • Buka fail pindah milik (gadaian)
  • Mencatat status fail dalam buku daftar
  • Tagging fail dan susun fail



Minggu Ke-19

  • Membuka fail pindah milik (gadaian)
  • Cop fail hak milik kerajaan untuk siasatan dan laporan
  • Mengemaskini permohonan hak milik tanah kerajaan dalam buku daftar
  • Membantu pelanggan dikaunter
  • Menyusun senarai deposit yang elah dikemaskinikan


Minggu Ke-20

  • Mendapatkan cabutan di unit pendaftran
  • Menguruskan pelanggan dikaunter
  • Cop sijil fail pindah milik
  • Mengemaskini fail permohonan hak milik kerajaan
  • Hari terakhir latihan industri di PTJPM
  • Jamuan perpisahan dengan kakitangan
  • menyerahkan surat tamat latihan industri kepada penyelia























Tuesday, 15 April 2014

Pendahuluan


Penghargaan


            Alhamdulillah,pelatih dapat menamatkan latihan industri dengan jayanya tanpa sebarang masalah dan dapat menyiapkan laporan akhir seperti tarikh yang telah ditetapkan.Setinggi-tinggi penghargaan pelatih ucapkan kepada En Amin Bin Abdullah dan En Wan Suwaidi Bin Zainal Abidin selaku penolong ketua jajahan yang telah menerima pelatih sebagai pelajar latihan mereka.Perhatian dan tunjuk ajar yang diberikan amat bermakna untuk pelatih dalam mencari pengalaman kerja yang sebenar.

         Pelatih juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Politeknik Kota Bharu kerana membantu pelatih mengetahui serba sedikit mengenai alam perkejaan.Pendedahan yang diberikan semasa dalam kelas amat membantu pelatih sepanjang latihan industri ini.

         Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu pelatih dengan pandangan dan pendapat mereka.Ini amat membantu pelatih terutama dalam menyiapakan laporan akhir.

         Akhir sekali,ucapan terima kasih yang tidak terhinggan kepada Pejabat Tanah Jajahan Pasir Mas kerana menerima pelatih sebagai pelajar latihan mereka.Kerjasama dan segala tunjuk ajar yang diberikan amat membantu pelatih dalam menyiapkan diri ke alam perkejaan kelak.


        


Pendahuluan

LATIHAN INDUSTRI  adalah satu  syarat wajib bagi pelajar dalam program-program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut  Pengajian Tinggi (IPT). Untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, program Latihan Industri diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Kursus Latihan Industri memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia perkerjaan untuk menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya.

Kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan peraturan-peraturan, perspektif profesional dan pelaporan. Kursus ini akan membina semangat dan sikap yang proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjadi pelatih yang cemerlang. 

Pelajar akan menjalani Latihan Industri samada di sektor awam ataupun swasta pada semester ke 4 atau semester akhir pengajian selama 1 semester ( 4 bulan ). Sepanjang pelajar menjalani Latihan Industri, pelajar akan berada di bawah pengawasan penyelia yang telah dilantik oleh UPLI. Pelajar juga dikehendaki menyediakan satu laporan Latihan Industri yang menerangkan skop kerja serta jenis kerja yang dipelajari dari latihan tersebut. Laporan tersebut perlulah lengkap mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik.

Hasil daripada Latihan Industri, politeknik cawangan Kota Bharu kelak dapat melahirkan para graduan yang berkualiti bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau terus melangkah ke alam pekerjaan seiring dengan matlamat kerajaan untuk menghasilkan anak didik yang lebih bermutu dan berkualiti disamping melahirkan tenaga kerja separuh mahir yang amat diperlukan oleh sektor awam atau swasta.

Objektif Latihan

          Setiap pelajar Politeknik Kementerian tinggi akan menjalani latihan industri 
di firma-firma kerajaan atau firma swasta selama satu tempoh semester bagi melayakkan pelajar memperolehi sijil atau diploma yang diambil di Politeknik berkenaan

Diantara objektif latihan industri adalah seperti berikut:


  •         Membina personaliti individu yang boleh bekerja secara boleh bekerja             secara berpasukan,amanah,berkeyakinan,dan bertanggungjawab   
  •         Memberi peluang kepada pelajar mendaptkan pengalaman berkerja di             dalam bidang yang berkaitan dengan pengajian mereka
  •         Boleh berkomunikasi secara berkesan serta mematnagkan pemikiran               pelajar.
  •         Memahami budaya kerja (Corporate Culture) sebelum memasuki alam             perkerjaan
  •         Menguasai kemahiran bidang kursus yang mengaitkan bidang teori yang         telah dipelajari di Politeknik.
  •         Membentuk sahsiah diri,sikap,dan kemahiran berkomunikasi atau                   berhubung sesama mausia
  •         Merangsang pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik setelah           melalui pengalaman kerja sendiri
                              


Kepentingan Latihan Industri

Latihan Industri ini adalah merupakan salah satu latihan dalam membentuk jati diri para pelajar agar lebih didedahkan dengan sifat - sifat seperti bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu kerja dan patuh terhadap setiap arahan yang telah diberikan. Dengan berbekalkan pengalaman-pengalaman tentang cara – cara bekerja semasa menjalani latihan industri, para pelajar dapat menjadikan pengalaman-pengalaman tersebut sebagai salah satu aset yang amat berharga ketika ingin mencari atau mendapatkan sesuatu pekerjaan pada masa akan datang kelak. Pengalaman – pengalaman yang telah diperolehi semasa menjalani latihan industri itu, bolehlah dijadikan panduan dan ianya juga boleh dijadikan sebagai suatu bahan bukti untuk kita mencari dan mendapatkan kerja yang baik..

Melalui latihan industri ini, para pelajar dapat menghindarkan perasaan kekok apabila menjalankan tugas seharian sewaktu memasuki alam pekerjaan yang sebenar kerana para pelajar telah dilatih dan diajar untuk menunaikan tanggungjawab mereka apabila menjalani latihan industri di badan syarikat masing - masing. Dengan wujudnya latihan industri ini, para pelajar dapat meluaskan minda dan bersikap lebih terbuka serta matang berhubung dengan persekitaran alam pekerjaan yang sebenar melalui penggunaan secara maksima ke atas setiap pengalaman dan pengajaran yang pernah dilalui dan ditimba oleh para pelajar. Selain itu, pelajar – pelajar juga dapat mencari inisiatif sendiri bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang mungkin wujud semasa di alam pekerjaan yang sebenar. Seterusnya, mereka dapat memanipulasikan keadaan sekeliling hanya dengan menggunakan pengalaman sewaktu mereka menjalani latihan industri tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain.