Penghargaan
Alhamdulillah,pelatih dapat menamatkan latihan industri dengan jayanya tanpa sebarang masalah dan dapat menyiapkan laporan akhir seperti tarikh yang telah ditetapkan.Setinggi-tinggi penghargaan pelatih ucapkan kepada En Amin Bin Abdullah dan En Wan Suwaidi Bin Zainal Abidin selaku penolong ketua jajahan yang telah menerima pelatih sebagai pelajar latihan mereka.Perhatian dan tunjuk ajar yang diberikan amat bermakna untuk pelatih dalam mencari pengalaman kerja yang sebenar.
Pelatih juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Politeknik Kota Bharu kerana membantu pelatih mengetahui serba sedikit mengenai alam perkejaan.Pendedahan yang diberikan semasa dalam kelas amat membantu pelatih sepanjang latihan industri ini.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu pelatih dengan pandangan dan pendapat mereka.Ini amat membantu pelatih terutama dalam menyiapakan laporan akhir.
Akhir sekali,ucapan terima kasih yang tidak terhinggan kepada Pejabat Tanah Jajahan Pasir Mas kerana menerima pelatih sebagai pelajar latihan mereka.Kerjasama dan segala tunjuk ajar yang diberikan amat membantu pelatih dalam menyiapkan diri ke alam perkejaan kelak.
Pendahuluan
LATIHAN INDUSTRI adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, program Latihan Industri diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Kursus Latihan Industri memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia perkerjaan untuk menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya.
Kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan peraturan-peraturan, perspektif profesional dan pelaporan. Kursus ini akan membina semangat dan sikap yang proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjadi pelatih yang cemerlang.
Pelajar akan menjalani Latihan Industri samada di sektor awam ataupun swasta pada semester ke 4 atau semester akhir pengajian selama 1 semester ( 4 bulan ). Sepanjang pelajar menjalani Latihan Industri, pelajar akan berada di bawah pengawasan penyelia yang telah dilantik oleh UPLI. Pelajar juga dikehendaki menyediakan satu laporan Latihan Industri yang menerangkan skop kerja serta jenis kerja yang dipelajari dari latihan tersebut. Laporan tersebut perlulah lengkap mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik.
Hasil daripada Latihan Industri, politeknik cawangan Kota Bharu kelak dapat melahirkan para graduan yang berkualiti bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau terus melangkah ke alam pekerjaan seiring dengan matlamat kerajaan untuk menghasilkan anak didik yang lebih bermutu dan berkualiti disamping melahirkan tenaga kerja separuh mahir yang amat diperlukan oleh sektor awam atau swasta.
Objektif Latihan
Setiap pelajar Politeknik Kementerian tinggi akan menjalani latihan industri
di firma-firma kerajaan atau firma swasta selama satu tempoh semester bagi melayakkan pelajar memperolehi sijil atau diploma yang diambil di Politeknik berkenaan
Diantara objektif latihan industri adalah seperti berikut:
- Membina personaliti individu yang boleh bekerja secara boleh bekerja secara berpasukan,amanah,berkeyakinan,dan bertanggungjawab
- Memberi peluang kepada pelajar mendaptkan pengalaman berkerja di dalam bidang yang berkaitan dengan pengajian mereka
- Boleh berkomunikasi secara berkesan serta mematnagkan pemikiran pelajar.
- Memahami budaya kerja (Corporate Culture) sebelum memasuki alam perkerjaan
- Menguasai kemahiran bidang kursus yang mengaitkan bidang teori yang telah dipelajari di Politeknik.
- Membentuk sahsiah diri,sikap,dan kemahiran berkomunikasi atau berhubung sesama mausia
- Merangsang pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik setelah melalui pengalaman kerja sendiri
Kepentingan Latihan Industri
Latihan Industri ini adalah merupakan salah satu latihan dalam membentuk jati diri para pelajar agar lebih didedahkan dengan sifat - sifat seperti bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu kerja dan patuh terhadap setiap arahan yang telah diberikan. Dengan berbekalkan pengalaman-pengalaman tentang cara – cara bekerja semasa menjalani latihan industri, para pelajar dapat menjadikan pengalaman-pengalaman tersebut sebagai salah satu aset yang amat berharga ketika ingin mencari atau mendapatkan sesuatu pekerjaan pada masa akan datang kelak. Pengalaman – pengalaman yang telah diperolehi semasa menjalani latihan industri itu, bolehlah dijadikan panduan dan ianya juga boleh dijadikan sebagai suatu bahan bukti untuk kita mencari dan mendapatkan kerja yang baik..
Melalui latihan industri ini, para pelajar dapat menghindarkan perasaan kekok apabila menjalankan tugas seharian sewaktu memasuki alam pekerjaan yang sebenar kerana para pelajar telah dilatih dan diajar untuk menunaikan tanggungjawab mereka apabila menjalani latihan industri di badan syarikat masing - masing. Dengan wujudnya latihan industri ini, para pelajar dapat meluaskan minda dan bersikap lebih terbuka serta matang berhubung dengan persekitaran alam pekerjaan yang sebenar melalui penggunaan secara maksima ke atas setiap pengalaman dan pengajaran yang pernah dilalui dan ditimba oleh para pelajar. Selain itu, pelajar – pelajar juga dapat mencari inisiatif sendiri bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang mungkin wujud semasa di alam pekerjaan yang sebenar. Seterusnya, mereka dapat memanipulasikan keadaan sekeliling hanya dengan menggunakan pengalaman sewaktu mereka menjalani latihan industri tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain.
masa praktikal di pejabat tanah awk kena ddk bahagian mana ye ?
ReplyDelete